Gambaran keseluruhan Revolusi_Kebudayaan

Dari tahun 1966 hingga 1968, militia belia utama Mao yang bergelar Pengawal Merah untuk menggulingkan sesiapa yang dilihat oleh Mao sebagai musuh dan mengambil alih kawalan terhadap pentadbiran negeri dan parti, menggantikan Jawatankuasa Pusat dengan Jawatankuasa Revolusi Kebudayaan, dan kerajaan-kerajaan setempat pula diganti oleh jawatankuasa revolusi. Di tengah huru-hara dan keganasan yang bersusulan, kebanyakan pelopor revolusi, pengarang, artis, dan tokoh keagamaan diusir dan dibunuh, berjuta-juta orang didakwa, dan sebanyak setengah juta orang terkorban.[1]

Pandangan sejarah rasmi oleh Parti Komunis China terhadap Revolusi Kebudayaan dan peranan Mao dalamnya dikandungkan dalam 'Resolusi mengenai Soalan-soalan Tertentu dalam Sejarah Parti Kita Sejak Penubuhan Republik Rakyat China' yang diterima pada 27 Jun 1981. Dalam dokumen ini, adalah dinyatakan bahawa "Tanggungjawab utama kerana kesilapan 'Sayap Kiri' yang serius akibat 'Revolusi Kebudayaan,' satu kesilapan yang menyeluruh dan amat lama, memang terletak pada Komrad Mao Zedong" dan bahawa Revolusi Kebudayaan dilaksanankan "di bawah kepimpinan Mao Zedong yang menyelewang dan dimanipulasi oleh kumpulan anti-revolusi yang terdiri daripada Lin Biao dan Jiang Qing lalu mengakibatkan musibah dan huru-hara yang serius kepada Parti dan warga China." Pandangan rasmi ini yang semenjak itu menjadi rangka utama untuk historiografi China mengenai Revolusi Kebudayaan, mengasingkan tindakan peribadi Mao ketika Revolusi Kebudayaan daripada kepahlawanan awal beliau serta juga mengasingkan kesilapan peribadi Mao daripada kebenaran teori yang direka beliau.

Revolusi Kebudayaan masih menjadi isu yang sensitif di dalam Republik Rakyat China. Meskipun sedikit sahaja penapisan terhadap huraian peristiwa-peristiwa Revolusi Kebudayaan, pandangan sejarah yang bertentangan dengan versi ang digariskan dalam Resolusi 1981 sering ditapis (termasuk pendapat bahawa Revolusi Kebudayaan adalah perkara yang baik atau bahawa Mao lebih atau kurang bersalah daripada apa yang ditunjukkan sejarah rasmi).